Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


okey jugak...

jom mengenal no...leh aja kat budak2 ye...testing la, boleh click trus...







nk download software ini just click je kat bawah:

Read more


Luasnya alam semesta.....


Firman ALLAH:“Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap ufuk(penjuru)dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelas kepada mereka Quran itu benar.” Surah Fussilat ayat 53…

Sedikit Fakta berkenaan matahari:

1.Matahari adalah sebuah bintang,kejadiannya bermula lebih kurang 5 billion tahun dahulu,dan ia juga 109 kali lebih besar daripada bumi.

2.Jarak antara matahari dan bumi adalah 152.6 juta km mengikut kiraan yang paling jauh dan berlaku pada 2 julai setiap tahun.

3.Matahari bergerak mengelilingi nukleus galaksi di bimasakti dengan kelajuan 220km/saat ini bermakna ia mengambil masa 225 juta tahun bagi melengkapkan 1 pusingan mengelilingi bimasakti…sedangkan kita tahu bahawa ada berjuta2 galaksi di alam semesta ini….

4.Bintang yang terdekat dengan matahari iatu Proxima Centauri berada 40 trillion km daripada matahari,cahaya yang datang dari bintang ini mengambil masa (4.2 tahun cahaya)Untuk sampai ke matahari dan 1 tahun cahaya menyamai 9.46 trillion km.

5.Di alam semesti ini mempunyai 70 sextillion(iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong) bintang-bintang jumlah ini menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yang terdapat disemua pantai dan gurun didunia ini…maksudnya kiraan bintang dilangit lebih banyak daripada pasir2 didunia ini...Firman ALLAH:”Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” surah al-Mukmin ayat 57.

----------------------------------------------------------------------------------

1.Quran menyatakan langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum kedua-duanya dipisahkan(al-anbiyak ayat 30) menerangkan ketepatan teori Bigbang.
2.Quran juga menyatakan langit dan bumi dicipta daripada asap(Fussilat ayat 11)
3.Quran juga menyatakan kosmos sebenarnya sedang mengembang(az-Zariyat ayat 47)

:::Oleh itu ramai pengkaji2 diseluruh dunia mengagumi kehebatan Quran antaranya ialah Prof Yoshidi kozai dari jepun beliau mengatakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini diperingkat yang tertinggi….memang benar Quran itu adalah kalam ALLAH….


------------------------------------------------------------------------------------


Sebagaimana;Firman ALLAH:”Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang,terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal” surah Ali-Imran ayat 190..

Sebagai manusia kita dibekalkan dengan akal fikiran,deria penglihatan dan pendengaran untuk memerhatikan kejadian alam disekeliling kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah,oleh itu berfikir dan mengkaji serta meneliti adalah asas yang penting bagi menanamkan keyakinan dan menambah keimanan kita kepada ALLAH dengan demikian dapat dikatakan bahawa bukan hanya ilmu agama sahaja yang bermanfaat bagi manusia tetapi ilmu pengetahuan yang lain juga besar manfaatnya asas ilmu itu membawa kita untuk mengenal ALLAH…

Syaikh Ibnu Atahillah mengatakan: Jika ilmu itu disertai dengan rasa takut kepada ALLAH maka itulah ilmu yang menguntungkan,jika tidak maka celakalah bagimu…

Marilah sama-sama kita melihat akan kebesaran alam ciptaanya…semoga mendapat hidayah dan rahmat daripadanya…

Read more

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah