Dimulakan tulisan ini dengan hadis nabi yang
bermaksud "engkau beribadah seolah2 engkau melihatnya" maksud melihat
disini rasaan dimata hati yang merasa diri tidak terasing dari ALLAH.
Imam Ghazali berkata:"sesiapa yang tidak merasai tidaklah ia ketahui"
menuju jalan makrifat adalah menjadi kewajipan bagi seseorang yang bergelar
muslim,mengapa?? sebabnya ia adalah jalan ataupun cara untuk mengenal ALLAh...
berkata sheikh Abdul Qadir Jailani dalam kitab sirul asrar seseorang yang
inginkan makrifatullah hendaklah menjalankan 4 perkara:
1.menuntut ilmu fardhu ain.(haruslah memahami kesemua ilmu syariat)
2.bertaubat dari segala dosa dan istiqamah dalam taubat.
3.menerima baiah thoriqat sufiah dari guru mursyid serta sentiasa mendapat
bimbingan darinya.(guru murshid akan diceritakan nanti)
4.istiqamah mengamalkan syariat dan warid thoriqat.
kata syeikh Ahmad An-nafis dalam kitab durun nafis seseorang hendaklah
bermujahadah
dengan mengamalkan;
1.lapar
2.diam
3.jaga
4.uzlah
kesan dari makrifat tersebut akan membawa kekhusukan didalam solat dan mendapat
ketenangan dimata hati dalam mengenal ALLAh dan memberi satu perasaan kasih dan
cinta kepadanya bak kater orang "xkenal maka xcinta"..
ketenangan disini bermaksud tenang dalam mengingatinya sebagai makna ayat quran
yeng menyebut dengan mengingati ALLAh jiwa kan menjadi tenang..oleh itu dapat la kita
mengukur sejauh mana keadaan kiter disisi ALLAH jika hati dan jiwa masih merasa
resah dengan kehidupan tanda2 kita masih jauh daripadanya..kerana apa sahaja
yang dekat dengan ALLAh akan membawa ketenagan di dalam hati,
contohnya pernahkan kita alami bila memandang alam sekeliling kita yg penuh
kehijauan akan memberikan lebih ketenangan kedalam hati berbanding kiter melihat
bangunan2 pencakar2 langit di bandar,persoalnnya mengapa??sebab alam kiter
sedang bertasbih memuji akan kebesarannya....
sebagai kesimpulan kebahagiaan dan ketenangan hanya dapt dicapai dengan jalan
makrifah dan mujahadah barangsiapa yang tidak mendapt ketenangan didunia maka
tidakla ia mendapt balasan syurga diakhirat kelak dari situ daptla kiter
ketahui sejauh manakah kita di sisi ALLAH.....
sebagaimana maksud firman ALLAH:wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepada
tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya,maka masuklah kedalam
golongan-golongan hamba-hamba ku,dan masuklah kedalam syurga ku..(surah al fajr
27-30).......
Menuntut Ilmu.
Tahap pertama dalam mencapai makrifat ialah menuntut ilmu...Haruslah diperbetulkan niat dalam menuntut ilmu,ilmu disini adalah ilmu asas iatu ilmu fardhu ain,dan yg lebih utamanya kiter wajiblah betul2 memahami ape itu tauhid uluhiyah,rububiyah and asma' wasifat kandungan dan penerangannya tidak la hendak diceritakan disini perlulah berguru..sebaiknya hendaklah berguru dengan guru yg betul2 alim dan warak...
telah berkata sheikh ibnu athaillah:“Janganlahberguru pada seseorang yang yang tidak membangkitkan dirimu untukmenuju kepada Allah dan tidak pula menunjukkan wacananya kepadamu,jalan menuju Allah”
sememangnya amatla sukar untuk mencari guru yg benar2 soleh and mencapai derjat guru mursyid...tetapi sukar bukan bererti tiada(perbahsan berkenaaan guru mursyid akn diceritakn nanti)
berbalik pada perbetulkan niat menuntut ilmu,sbenarnya amatla sukar untuk mengetahui sejauh mana kiter ikhlas dalam menuntut ilmu itu,tp ia mempunyai tanda2:
Ilmu dicari untuk makrifat iaitu mengenal akan tuhannya hasil drpd itu ia akn meghasilkn rasa tkut n berharp kepada ALLAh dengan dalil dr firman ALLAH:sesungguhnya org yg tkut kpd ALLAh itu adalh dr golongan ulamak..
Maksud ilmu disini bukanlah hanya ilmu agama sahaja ilmu2 seperti astronomi,sains,arkeologi adalah ilmu yg boleh digunakn untuk mendaptkn makrifat.
Syaikh Ibnu Atahillah mengatakan: Jika ilmu itu disertai dengan rasa takut kepada ALLAH maka itulah ilmu yang menguntungkan,jika tidak maka celakalah bagimu…
oleh itu di zaman era moden ini sejak kecil lg kiter telah diajar dan diserapkn didalam minda kita untuk menuntut ilmu itu hanya untuk berjaya didalam hidup dengan cita2 yang tinggi….
ibu bapa memainkn peranan penting dlm mendidik anak2 mereka beginilah dialog kebiasaan bapa kepada anaknya:
bapa:” wahai ank ku belajar la sungguh2 supaya kamu besar nanti kamu tidak dihina org,ubah la nasib keluarga kita jadilah org yg dihormati dan disegani…crilah kerja yg bagus2 nanti hidup kiter senang….bersusah dahulu bersenang2 kemudian”..(belajr hanya untuk mencapai kedudukan mulia di kemudian hari,kalau tidak sekalipun ia nya sudah bercampur baur dengan mengejar kesengan dunia.)
anak:”baik ayah”(minda anak2 akn tertanam oleh kata2 ayah td yg mana tujuan menuntut ilmu 2 hanyalah untuk mencari habuan dunia,if anak2 give up die akn cube dimotivasikan oleh kata2 ayh td sampailah anak 2 dewasa n berjaya mencapai cita2)
haruslah dididik sejak kecil lg menuntut ilmu itu hanya kerana ALLAH…
sebagaimana hadis nabi yg bermaksud:
"Sesiapa yang MEMPELAJARI satu ILMU yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah tetapi dia tidak MEMPELAJARINYA kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau Syurga
pada Hari Kiamat” (HR.Ibn Hibban)....
Ulama berkata:
"Siapa yg tidak ikhlas niatnya dalam menuntut ilmu, maka apabila ia mengamalkan ilmu tersebut juga tidak ikhlas. Dan apabila ia tidak ikhlas dalam mengamalkan ilmu, maka apabila ia da'wah juga, ia tidak ikhlas." - Habib Umar.
Guru murshid ini,mereka amat takut bila rmai mengenal akan kealimannya dan tidak suka diberi gelaran mereka lebih suka untuk tidak dikenali dan kbyakan dr mereka menyembunyikan kesolehan dan mereka juga tidak mengaku diri mereka guru murshid…..
Antara ciri2 guru murshid itu adalah :
1.kbyakn umur melebihi 40 thun keatas.
2.Seorang pengamal tarekat.
3.ditahap nafsu mardhiah(rujuk sirus salikin)
4.ia dapat menyelami hati murid dan dpt mendidik murid itu kearah kebaikan.(kasyaf Qalbi)
5.kasyaf Qubri(dapt melihat alam barzakh)
6.mempunyai makrifatullah.
7.kealimannnya tidak dpt dipertikaikan.
8.kewaraknnya jelas…
Perlu diingat adapun kelebihan2 atau karamah yg mencarikkan adat tidak boleh dinilai kerana ia tidak dituntut dalam tasawuf terkadng itu adlah istidraj..yg disangkakan murshid rupanya berdampingan dengan jin.
Apakah kepentingan guru mursyid??
Setiap org yg mengaku beriman wajib khusuk didalam ibadah mereka terutamanya solat,khusuk itu diperolehi drpd makrifat bgaimana kiter hendak mengenal ALLAh sedngkan kiter belum benar2 mengenalnya kat sini bukan ilmu fakta semata2 contohnyer kiter hanya thu ALLAh 2 ada harusla mempunyai rasaan dimata hati itula dinamakan makrifatullah,dan untuk mendapatakn makrifat 2 hendaklah mengamalkan syariat dengan bersungguh2 dan menghilangkn 3 jenis syirik iaitu:
1.syirik jail
2.syirik khofi
3.syirik akhfal khafi
syirik akhfal khafi = ialah syirik yg mendindingi hati dr mengenal ALLAh dgn sebab tebalnya dindingan tersebut iaitu segala waham drpd sebab yg beradat yg melahirkan rasa “KEAKUAN”.
Rasa keakuan ini ialah yg menyebabkn kita terdinding dr memandang perbuatan ALLAH(tauhid af’al) dengan itu bila beribadah tidak terasa ALLAh yg mengerakkan kita krana terhenti pandangan hati hanya kepada diri..
Kata Sheikh Abdul Qadir jailani dalm kitab sirrul asrar:”syirik akhfal khofi ini memerlukan bimbingan guru murshid (guru kerohanian)untuk menghilangkannya ditambah mujahadah hawa nafsu berpandukan ilmu”…..
Dapt difahami pentingnya guru murshid itu kerana ia dpt menghilangkan rasa “KEAKUAN” td yg bermksud syirik akhfal khofi yg mendindingi diri antara contohnya ialah merasa diri yg beramal, dan sume perbuatan kita seharian merasa diri kita yg membuat, syirik ini tidakla dapt dibuang melainkan melalui guru murshid itu,
selain itu sekiranya si murid td mengalami kelebihan ataupun kramah contohnya bermimpi bertemu dgn sesuatu petanda maka daptla guru murshid itu mentafsiri hakikat sebenarya samada itu bisikan dr jin atau pun bisikan dr ALLAh….
syirik khofi seperti riak takabur,ujub semua itu dpt dihilangkan dengan jalan ilmu dan mujahadah tanpa memerlukan guru murshid…
seterusnya guru murshid itu tidak la semestinya lebih alim dr si murid ini boleh dilihat dalam kisah nabi musa dan khidir…yg mana musa itu adlah rasul dan nabi khidir itu adlah hnya seorng nabi tetpi nabi khidir lbh tinggi dlm ilmu yg disebut ilmu ladunni…
nabi musa telah berguru kepada nabi khidir dgn rase rendah dirinya makna kata disini walupun kiter lebih bijak dr sang guru kiter haruslah menghormatinya mana mungkin guru itu lebih alim dr sudut kerohaniannya dr kita…klu di bandingkan darjat seorg rasul itu adalh lebih tinggi namun ilmu itu lebih luas ALLAH memberi kpd sesiapa yg ia ingini…
begitu juga dalam zaman sahabt yg mana huzaifah al yamani seorg sahabat yg mempunyai kasyaf yg boleh melihat seseorng itu mati dalm keadaan munafik atau x..sahabat lain spt saidina abu bakr,saidina umar,saidina uthman dan para sahbt yg dijamin syurga lain tidak mendapt ilmu ini…bahkan thap iman dan derjat mereka adalh pling tinggi selepas nabi..diriwayatkan saidini umar hanya berpandukan kashaf huzaifah ni sahja jika ingin menziarahi org mati sekiranya huzaifah ini hadir ke majlis pengebumian maka saidina umar akan pergi dan sekiranya tidak tandanya mayat yg bru meniggal itu adalh munafik dan tidak patut diziarahi……ilmu ini hanya la khusus kepada org tertentu sahaja…
Orang yg tidak bercita2 kearah makrifat sekiranya mati di dalm keadaan itu matinya adalh mati sbgai org yg fasik…..nauzubillah…
0 comments to "Kalam Sufi"
Ahlan wasahlan @ ^_^
ISI KANDUNGAN
- IMAM HADIS (1)
- MUKJIZAT AL -QURAN (1)
- QIRAAT 1 (1)
- QIRAAT 2 (1)
- QIRAAT HAMZAH (1)