Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


Jom download.

Read more


40 Soal Jawab Permasalahan Wudhuk

 
 
 1.Berikan pengertian wudhuk dari segi bahasa dan syarak?

-Bahasa melayu: mengambil air sembahyang.
-Bahasa:menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu.
-Syarak:membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.

Read more


Kalam Sufi

Dimulakan tulisan ini dengan hadis nabi yang bermaksud "engkau beribadah seolah2 engkau melihatnya" maksud melihat disini rasaan dimata hati yang merasa diri tidak terasing dari ALLAH.

Imam Ghazali berkata:"sesiapa yang tidak merasai tidaklah ia ketahui"

Read more


Quran Saintifik


1.Software ini mengandungi 3 menu utama:

2.Menu utama ialah Quran dan terbahagi kepada 3 iaitu (takrif,makna dan sifat).

3.Menu kedua ialah Sains dan terbahagi kepada 4 iaitu (kejadian Alam semesta,makanan,manusia dan  ibadah).

4.Menu yang ketiga adalah galeri yang mengandungi beberapa surah pilihan yang dapat dihubungkan dengan sains.

5.Mengandungi laman uji minda.
       
    9.57MB
                      
            Untuk mendownload software ini sila click di bawah:




Rujukan:

1.http://www.danialzainalabidin.com/
2.http://www.harunyahya.com/

Read more


Selamat Hari Raya....

Read more


ooo

Read more


Sepuluh sebab mengapa solat tidak diterima.


Sepuluh sebab mengapa solat tidak diterima.

Sabda rasulullah yang bermaksud:
“sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan yang selamat baginya”..

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud : “10 orang yang solatnya tidak di terima ALLAH ialah:

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.Orang lelaki yang meminum arak tanpa meninggalkannya(taubat).

4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5.Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6.Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri      memberontak.

7.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8.ORANG PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT.

9.Orang yang suka makan riba’.

10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda rasulullah saw yang bermaksud:

”Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH SWT dan jauh dari ALLAH SWT”.

Read more


okey jugak...

jom mengenal no...leh aja kat budak2 ye...testing la, boleh click trus...







nk download software ini just click je kat bawah:

Read more


Luasnya alam semesta.....


Firman ALLAH:“Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap ufuk(penjuru)dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelas kepada mereka Quran itu benar.” Surah Fussilat ayat 53…

Sedikit Fakta berkenaan matahari:

1.Matahari adalah sebuah bintang,kejadiannya bermula lebih kurang 5 billion tahun dahulu,dan ia juga 109 kali lebih besar daripada bumi.

2.Jarak antara matahari dan bumi adalah 152.6 juta km mengikut kiraan yang paling jauh dan berlaku pada 2 julai setiap tahun.

3.Matahari bergerak mengelilingi nukleus galaksi di bimasakti dengan kelajuan 220km/saat ini bermakna ia mengambil masa 225 juta tahun bagi melengkapkan 1 pusingan mengelilingi bimasakti…sedangkan kita tahu bahawa ada berjuta2 galaksi di alam semesta ini….

4.Bintang yang terdekat dengan matahari iatu Proxima Centauri berada 40 trillion km daripada matahari,cahaya yang datang dari bintang ini mengambil masa (4.2 tahun cahaya)Untuk sampai ke matahari dan 1 tahun cahaya menyamai 9.46 trillion km.

5.Di alam semesti ini mempunyai 70 sextillion(iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong) bintang-bintang jumlah ini menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yang terdapat disemua pantai dan gurun didunia ini…maksudnya kiraan bintang dilangit lebih banyak daripada pasir2 didunia ini...Firman ALLAH:”Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada penciptaan manusia tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” surah al-Mukmin ayat 57.

----------------------------------------------------------------------------------

1.Quran menyatakan langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum kedua-duanya dipisahkan(al-anbiyak ayat 30) menerangkan ketepatan teori Bigbang.
2.Quran juga menyatakan langit dan bumi dicipta daripada asap(Fussilat ayat 11)
3.Quran juga menyatakan kosmos sebenarnya sedang mengembang(az-Zariyat ayat 47)

:::Oleh itu ramai pengkaji2 diseluruh dunia mengagumi kehebatan Quran antaranya ialah Prof Yoshidi kozai dari jepun beliau mengatakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini diperingkat yang tertinggi….memang benar Quran itu adalah kalam ALLAH….


------------------------------------------------------------------------------------


Sebagaimana;Firman ALLAH:”Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang,terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal” surah Ali-Imran ayat 190..

Sebagai manusia kita dibekalkan dengan akal fikiran,deria penglihatan dan pendengaran untuk memerhatikan kejadian alam disekeliling kita berpandukan Al-Quran dan Sunnah,oleh itu berfikir dan mengkaji serta meneliti adalah asas yang penting bagi menanamkan keyakinan dan menambah keimanan kita kepada ALLAH dengan demikian dapat dikatakan bahawa bukan hanya ilmu agama sahaja yang bermanfaat bagi manusia tetapi ilmu pengetahuan yang lain juga besar manfaatnya asas ilmu itu membawa kita untuk mengenal ALLAH…

Syaikh Ibnu Atahillah mengatakan: Jika ilmu itu disertai dengan rasa takut kepada ALLAH maka itulah ilmu yang menguntungkan,jika tidak maka celakalah bagimu…

Marilah sama-sama kita melihat akan kebesaran alam ciptaanya…semoga mendapat hidayah dan rahmat daripadanya…

Read more


Fitnah wanita???

Sesungguhnya fitnah bagi kaum adam yang paling berat adalah dari kaum wanita :

Hadis yang berkaitan:

Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakain terlalu ketat,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dpt dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta.wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapt mencium bau syurga.padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” Riwayat imam Muslim….

Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula.oleh sebb itu jika salah seorg dr kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” Riwayat Imam Muslim…..

Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita”…Riwayat Bukhari dan Muslim….


Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita” Riwayat imam muslim…





----------------------------------------------------------------------------------
Ibn Abbas mengatakan”tidak ada dalam kalangan orang yg terdahulu yg menjadi kafir kecuali gara2 wanita dan org yg terkemudian pun kafir gara2 wanita juga”…

Said ibn AL-musayyab berkata:”setiap kali syaitan berputus asa menggangu seseorg maka dia akn melancarkan gangguannya melalui wanita”

Read more


Anda bijak????

Tajamkan mata hatimu dalam mengenal Allah.


Cahaya Allah itu tidak akan sampai ke dalam hati yang cinta dunia,saudaraku marilah kita sama-sama merenung sejenak di manakah diri kita sekarang ini, andai kata ajal menjemput kita sebentar lagi….ya Allah banyaknya dosaku,janganlah kau matikan aku dalam aku keadaan yang berdosa ya Allah…..Kemewahan dan gemerlapannya dunia menyebabkan manusia tergoda oleh silau cahayanya….

Rasulullah bersabda:”akan datang kepada umatku suatu zaman,ketika itu mereka cinta kepada 5 perkara dan lupa lima perkara iaitu mereka cinta kepada dunia lupa kepada akhirat, cinta harta lupa kepada hisab,cinta kepada makhluk lupa kepada khaliq, cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat.cinta kepada mahligai lupa kepada kubur”.


Rasulullah pernah mengibaratkan bahawa lamanya kehidupan dunia ini bagaikan seorang musafir yang sedang berjalan jauh,kemudian mereka berteduh sebentar di bawah pokok yang rimbun.apabila kepenatnnya sudah hilang maka musafir itu akan meneruskan perjalanannya dan meninggalkan pokok tersebut untuk selama-lamanya….



Oleh itu jadilah kita orang yang bijak dan berakal,adapun yang dikatakan cerdik itu bukanlah orang yang ahli dalam matematik,biologi,kimia,ekonomi, dan sebagainya,orang yg cerdik ialah org yg pandai menghisab amal perbuatannya sendiri,tidak disibukkan oleh urusan dunia,dan mencurahkan sepenuh hatinya untuk mencinta kehidupan akhirat yg kekal abadi…..


Rasullullah bersabda:
Orang yg cerdik ialah org yg sentiasa muhasabah akn dirinya dan membuat bekalan selepas mati,dan org yg bodoh ialah org yg mgikut hawa nafsunya dan bercita2 kpd allah dgn pelbgai cita2 tanpa usaha.. Riwayat imam ahmad,al Tirmizi,ibn majah,al hakim,al qudaie,dan al askari.

Syaikh Ibnu Athaillah berkata; “merasa sedih kerana tidak melakukan ketaatan tanpa adanya usaha melakukannya, adalah sebahagian daripada tanda sudah terpedaya oleh nafsu dan syaitan”……

Read more


APRIL FOOL Usah biarkan diri diperbodohkan!!!!

APRIL FOOL Usah biarkan diri diperbodohkan!!!!



Menjelang 1 april setiap tahun budaya april fool kian menjadi amalan lazim di seluruh dunia, budaya ini seolah2 sudah menjadi tren masyarakt kita hari ini,wabak ini juga telah merebak bukan hnya sahaja dikalangan org yg biasa bahkan seseorang yg sudah digelar cendekiawan lebih memalukan lg sekiranya ia dilakukan oleh golngan cendikiawan islam………


Sebenarye April fool adalh budaya negative yg dicedok dr barat,x la kate sume dr barat ni tidak baik tp biarlah selari dgn tuntutan islam…..unsur ketimuran pon kalu ia meyalahi syarak termasuklah benda yg wajib dijauhi….budaya ini secara jelas adalah bertujuan untuk mempersendakn sesama manusia yg mane kesan drpd itu akn menimbulkan perasaan malu,rendah diri dan pling tidak diingini alkn tercetusla perpecahan……

sebagaimana sabda RASULULLAH SAW yg bermaksud:

“Celakalah bg org-org yg bercakp dgn percakapan lucu dengn tujuan mentertawakan manusia agar manusia lain akan ketawa hasil drpd perckapannya itu lalu dia berbohong,celaka lah baginya,celakala baginya…. riwayat abu daud dan tarmizi…

Hadis lain menyebut:


“Tiada halalnya bg seorg Muslim menakutkan seorang muslim yg lain”….riwayat abu daud….


Sedikit berkenaan sejarah APRIL FOOL…

Bermula ketika kejatuhan umat islam di Granada sepanyol(Andalusia)
Era ini la bermulanya kejatuhan islam yg mana tentera salib telah merosakkan akidah kiter dgn pelbagai keseronokan dunia contoh nya muzik2,tarian, dan nyayian, berkembang la virus itu hingga kini yg mane hiburanla salah satu strategi kufar yg pling berkesan dlm mnjatuhkan umat islam so kiter kene la sedar akan hakikt dunia ini sebenarnya….

ketika itu tentera salib ini tidak berpuas hati krn ada dikalngn tentera islam yg masih myelamatkan diri dan bersembunyi…oleh itu tentera salib ni telah memperdayakn umat islam ini dgn tawaran akan membawa umat islam keluar dr sepanyol dgn selamat dgn menyediakn sebuah kapal besar…..oleh itu tentera islam pon terpedaya ketika hendak keluar ke pelabuhan untuk menaiki kapal .tentera salib telah membakar rumah2 mereka dan kapal itu juga telah dibakar akhirnya tentera islam mati dibunuh…




khabarnya tarikh berlaku nya peristiwa itu adalah 1 april dan org kristian tlh mengenang peristiwa ini sbgai APRIL FOOL iaitu hari yg dibolehkn untuk menipu dan memperolok2 kan orng lain ….nauzubillah…..marilah kiter same tingktkn ketaqwaan kita ALLAHUAKBAR!!!

Read more


MENCARI SINAR

Paling aku tidak mengerti
bagaimana mahu menyeru-Mu
jika nama juga hijab
antara Engkau dengan aku.

Engkau esa
tiada hijab menemani Mu
mana mungkin Engkau terhijab.

Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam merindui Mu
berapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari Mu.

Engkau dekat
tetapi bila didekati Engkau menjauh
bila berhenti Engkau melambai
bila dikejar Engkau menjauh kembali.

Bila aku di tangga rumah Mu
Engkau menutup pintu
bila aku undur
Engkau membuka jendela
bila aku mengintai
Engkau melabuhkan langsir.

Dalam kepayahan ini
daku perlukan penawar
penawar itu ada pada tangan Mu
namun aku malu menghulurkan tanganku yang cemar
untuk disambut oleh tangan Mu yang suci.

Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman
kerana aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat
namun hatiku gila kepada Mu
tetapi aku malu memanggil Engkau kekasih
kerana aku tersangat hodoh dan hina.

Janganlah Engkau murka
lantaran si hodoh dan hina ini mengasihi Mu.

Wajahku yang hodoh dan hina
tidak layak Engkau tatapi
Wajah Mu yang cantik berseri
tidak layak aku tatapi
di atas tangga rumah Mu aku terlena
dengan harapan mataku tidak terbuka lagi
kerana aku tidak tahan merindui Mu.

Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu
dan memejam mataku di situ
agar apabila Engkau membuka pintu
Engkau memandang kepada ku
walaupun daku tidak memandang kepada Mu

Read more


Pesan Sayyidina Umar al-Khattab :
Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

Read more


MUTIARA HADIS

MUTIARA HADIS

1.Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya.sahabat bertanya:walaupun kamu rasulullah?jawap rasullullah SAW:walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku. Riwayat al-bukhari.


2.Wahai sekalian manusia,jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan,nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga. Riwayat mua’az bin jabal.


3.Kamu hendaklah berjihad.Ia merupakan salah satu daripada pintu-pintu syurga .Allah menghindarkan dukacita dan kerunsingan daripada jiwa seseorang dengannya.
Riwayat Imam Ahmad.


4.Orang yg cerdik ialah org yg sentiasa muhasabah akn dirinya dan membuat bekalan selepas mati,dan org yg bodoh ialah org yg mgikut hawa nafsunya dan bercita2 kpd allah dgn pelbgai cita2 tanpa usaha.. Riwayat imam ahmad,al Tirmizi,ibn majah,al hakim,al qudaie,dan al askari.


5.Akan sentiasa dimustajabkan bagi seorang hamba selagi tidak membiarkan dosa,atau memutuskan persaudaraan dan selagi tidak terburu-buru.Ditanya:wahai rasullulah apa itu terburu-buru?baginda bersabda:Dia berkata aku telah berdoa dan sesungguhnya aku telah berdoa tetapi tidak lihat allah memberiku.maka dia berputus asa dan meninggalkan doa.
Riwayat Muslim.

6.sesiapa yang sering beristigfar nescaya allah melapangkannya daripada kekusutan,melepaskannya daripada kesempitan,dan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak ia sangkakan. Riwayat Abu Daud.

7.Kamu hendaklah berjihad,ia merupakan salah satu daripada pintu-pintu syurga.Allah menghindarkan dukacita dan kerunsingan daripada jiwa seseorang dengannya. Riwayat Imam ahmad.

8.Sesunnguhnya orang yang beriman apabila melakukan dosa,tertera pada hatinya satu noktah hitam, sebaliknya apabila bertaubat,ia dicabut dan apabila beristigfar,nescaya digilap hatinya.dan apabila dosa bertambah,nescaya bertambah kotor hatinya hingga menyelebunginya.begitulah rana yang disebut ALLAH swt dalam kitabnya. Riwayat Ibn majah.

Read more

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah