Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


Tiada 2 cinta dalam 1 hati.


  Pengajian kitab Al-Hikam Ibn Athaillah Iskandary bertarikh 8.10.2011.....Disini ingin penulis kongsi kan ilmu pengajian sesi kitab Al-hikam ...... berkata Imam Al-Ghazali : “tiadalah dua kecintaan dalam satu hati” bermakna jika kita mencintai sesuatu tiada lah ia berbelah bagi sebagai contoh jika kita suka makanan pedas mestilah kita tidak suka yang tak pedas,dan begitulah sebaliknya...maka dapatlah ditafsiri  jika kita mencintai dunia maka tiadalah cinta akan akhirat......dan pecinta akhirat tiadalah ia terpaut dengan dunia....  




  Lihatlah kepada pencipta bukan benda yang dicipta....Ahli Kasyaf (Wali Allah) akan lebih memandang kepada pencipta dan bukan benda yang dicipta..analogi mudah orang yang pakar(PROFESIONAL) dalam bidang lukisan dan design tidak akan terpegun bila melihat lukisan tetapi dia akan lebih takjub dan kagum  dan
akan tertanya-tanya siapakah yang melukis lukisan ini...dan berfikir hebatnya pelukis tersebut dan memuji-muji kemahirannya didalam melukis dan bukannya lukisan tersebut....dan orang yang cetek ilmu(BEGINNER) dalam bidang lukisan ni mesti akan memuji-muji lukisan tersebut tanpa terfikir siapakah yang melukis lukisan yang begitu hebat ini.....

Dan boleh lah kita simpulkan bahawa orang yang pakar(PROFESIONAL) itu adalah Wali Allah.....dan orang yang cetek ilmu(BEGINNER) itu adalah orang awam.....mengapakah begitu???? Wali Allah tidak akan terhijab dari memandang ciptaan Allah diatas segala kehidupan di dunia ini...dia akan takjub dan kagum serta berfikir akan kehebatan Allah menciptakan sesuatu....
tetapi orang awam  dia akan akan terhijab dengan kemilauan dunia dan dia akan lebih kagum dengan alam ciptaan Allah ni tanpa memandang Allah lah yang sebenarnya yang berkuasa dan layak dikagumi....Dan setengahnya lagi mereka akan kagum jika melihat kejadian-kejadian aneh seperti terbentuk kalimah Allah di langit,sejadah berdiri,pokok yang membentuk orang yang bersolat jika kita hanya merasakan akan kebesaran Allah selapas melihat kejadian aneh seperti ini kita termasuklah dari orang-orang yang terhijab....

tidak kah kita melihat Allah menjadikan alam ni dari tiada kepada ada...siang dan malam silih berganti..planet bergerak diatas orbitnya...kita seharusnya merasakan kehebatan dan keagungan Allah ni setiap saat dan detik...dan tidak timbullah orang melihat kejadian  yang aneh ni akan merasakan kagum yang teramat melainkan diri mereka ini sebenarnya telah terhijab ......

Semoga kita dikurniakan makrifah dan merasakan akan kebesaran Allah...Ilmu inilah sebenarnya yang telah dikurniakn oleh Allah kepada Hamba-hambanya yang soleh......

akan Bersambung pada post yang akan datang.......................




10 comments to "Tiada 2 cinta dalam 1 hati."

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah