Pertamanya saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidiladha kepada semua Umat Islam di seluruh Dunia,khasnya di Malaysia.Semoga
kita diberi kekuatan untuk menambah keimanan dan ketaqwaan dan sanggup berkorban
demi menegakkan Syariat islam.
Sebagai mana biasa tibanya Aidiladha
benda pertama kita akan tergambar ialah haiwan yang dikorbankan..Lembu expecially
nya..hehe..ade sape-sape2 yang tergambar benda lain??hehe terkorban cinta ,terkorban
harta mungkin..hehe .Tadi terkejut bila tengok
berita TV3 lembu korban termahal berharga
56 ribu..masyAllah..betol2 berkorban ni ,tapi hakikatnya mahal mcm mna pon
lembu 2 tetap berkaki 4..=)hehe…
Ha nak tahu kenapa lembu mengganas ketika disembelih??mengikut pendapat setengah ulamak, jika orang yang berkorban ikhlas dan berkorban dari hasil duit yang halal,maka haiwan tersebut sebenarnya menunggu2 nak disembelih, mudah je rasa nk disembelih…if sekiranya haiwan tersebut mengganas dan buat bermacam2 ragam…ha mungkin ade sebab musabab yang harus dinilai oleh orang yg berkorban..pendapat ini xdelah pasti 100% ia hanya pendapt setengah ulamak yg warak2….
Berbicara mengenai Ibadah Korban,
andalah anda tahu bagaimana asal usulnya? 3 korban teragung dalam sejarah
manusia sebelum kedatang islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Korban Pertama
Menyembelih korban adalah sunnah yang begitu lama dijalankan. Sunnah ini dimulai oleh dua orang anak Nabi Adam a.s. Qabil dan Habil. Mereka melakukan korban di atas perintah Nabi Adam a.s. sendiri, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Allah mewahyukan kepada Nabi Adam a.s supaya mengahwinkan Qabil dengan saudara kembar Habil, dan mengahwinkan Habil dengan saudara kembar Qabil. Akan tetapi Qabil tiadak meyetujui perkahwinannya dengan saudara kembar Habil itu. Oleh kerana demikian, Nabi Adam a.s menyuruh kedua-duanya membuat korban. Nabi Adam berkata:
” Siapa di antara kamu yang diterima korbannya, itulah yang menjadi suami bagi saudara kembar Qabil yang cantik itu.”
Kedua-dua anak Nabi Adam a.s itu pun melaksanakan kewajipannya. Setelah korban-korban itu diletakan di tempat yang telah ditentukan, turunlah api lalu membakar korban kepunyaan Habil. Melihat yang demikian, Qabil menjadi marah, lalu membunuh saudaranya, Habil.
Mulai saat itulah umat Islam memandang penyembelihan korban sebagai suatu pekerjaan kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang yang hendak membuat pengabdian. Itu kisah pertama dari 3 kisah korban teragung dalam sejarah manusia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Korban Kedua
Pada zaman Nabi Ibrahim a.s membuat korban hanyalah dengan mensedekahkan roti dan sebagainya, ada setengah riwayat mengatakan baginda meyembelih anak lembu, kambing dan biri-biri.
Sehinggalah Allah menguji keteguhan iman Nabi Ibrahim a.s dengan memerintahkan baginda menyembelih puteranya, Ismail. Yang mana peintah itu datang di dalam mimpi, pada mula dianggap sebagai mainan tidur atau rayuan syaitan yang ingin memesongkan keimanannya.
Perintah Allah yang menyuruh menyembelih puteranya dalam mimpi itu berlarutan hinggan 10 malam berturut-turut. Maka timbullah perasaan benarlah ini semua adalah perintah Allah yang harus ditaati. Ini merupakan satu cabaran yang maha besar , lebih hebat daripada yang pernah dialami seumur hidupnya.
Dengan perasaan berat hati Baginda pun menceritakan perintah Allah itu kepada Ismail. Ismail sebagai anak yang taat dan patut pada perintah orang tuanya bersetuju dengan apa yang ditetapkan itu.
Maka upacara penyembelih pun ditetapkan, disaat tangan Nabi Ibrahim a.s menggerakkan memegang pisau di leher anaknya itu, serta-merta Allah menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Disusuli dengan firman Allah ke atas baginda, “ Wahai Ibrahim, cukuplah engkau menunjukkan kepatuhan dan kerelaanmu memenuhi mimpimu itu. Aku tebus puteramu itu dengan seekor kibas suci ini.”
Mulai saat itulah, pada setiap hari yang kesepuluh dalam bulan Zulhijah, Nabi Ibrahim menyembelih korbannya. Begitulah kisah korban ke dua dalam sejaran manusia yang mana sehingga kini setiap kaum Muslimin menjadikan peristiwa ini sebagai peringatan. Jadi mereka yang menunaikan haji pun membuat korban dengan menyembelih binatang seperti unta, lembu, kerbau dan unta. Dan bagi sesiapa yang mampu disunatkan melaksanakan ibadah ini walaupun mereka tidak mengerjakan haji.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korban Ketiga
Peristiwa ke atas Nabi Ismail itu, terjadi pula ke atas diri Abdullah, ayahanda Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu baginda dinamakan Ibnu Assabihin yang bererti putera dari dua orang yang disembelih.
Kisahnya bermula dari Abdul Mutalib datuk Nabi Muhammad s.a.w bermimpi, diperintahkan menggali semula Telaga Zamzam yang mana pada masa itu telah tertimbus (ditimbus oleh suku Jurhum ketika mereka menguasai negeri Mekah) Abdul Mutalib cuba memenuhi permintaan seperti dalam mimpinya tetapi dengan tenaga yang ada, kerja itu mungkin tidak berhasil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib bernazar kepada Tuhannya. Jika dia dikurniakan sepuluh orang anak yang dapat menolongnya dalam melaksanakan perintah Allah ini, dia rela menyembelih salah seorang daripadanya untuk dijadikan korban di sisi Kaabah.
Abdul Mutalib kemudian berkahwin lagi satu, hinggalah 30 tahun kemudian beliau telah dikurniakan 10 orang anak seperti mana yang dia impikan. Setelah semuanya dewasa termasuklah Abdullah, datanglah mimpi itu semula menagih Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya dahulu.
Setelah diberitahu kepada semua anak-anaknya tentang nazarnya itu dahulu, maka semua anak-anak Abdul Mutalib bersetuju melaksanakan nazarnya. Maka Abdul Mutalib pun pergi berjumpa seorang tukang goncang anak panah undi. Semua nama anak-anak Abdul Mutalib ditulis pada anak panah tersebut. Kemudian digoncang dan dicabut salah satu daripada anak panah tersebut. Mana nama yang ada panah tersebut dialah yang dijadikan korban.
Dicabutnya satu anak panah lalu terteralah nama Abdullah, lantas dengan hati yang teguh mengambil pisau dan merebahkan Abdullah ke tanah. Ketika hendak menyembelihnya datang Abbas, abang Abdullah menarik Abdullah. Kerana itu tergurislah pisau dimuka Abdullah sehingga menjadi parut. Bekas parut itu kekal sehingga beliau meninggal dunia.
Melihat keadaan demikian itu datanglah saudara mara ibu Abdullah menghalang perbuatan Abdul Mutalib itu. Setelah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian lantas mereka bersetuju menemui seorang Kahin (tukang tenung) di Madinah. Kahin itu memberi pendapat supaya membayar denda 10 ekor mengikut kesalahan membunuh.
Kemudian mereka kembali ke Mekah dengan membuat sembelihan 10 ekor unta. Kemudian buat goncangan lagi, tapi nama Abdullah tetap yang keluar, sehingga 10 kali goncangan tetap nama Abdullah bererti 100 ekor unta dikorbankan untuk menebus Abadullah daripada disembelih, hingga goncangan terakhir nama unta yang keluar yang menandakan bahawa sudah cukup jumlah unta yang harus dikorbankan, dan Tuhan telah rela dengan jumlah tersebut.
Begitulah kisah 3 korban teragung dalam sejarah manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammmad s.a.w. yang membawa ajaran Islam sebenarnya.
Credit : http://fi5daus.blogspot.com/2011/11/sejarah-dan-korban.html
05 November 2011
// //
6
comments
//
6 comments to "Kenapa lembu mengganas ketika disembelih??"
Ahlan wasahlan @ ^_^
Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut
website:http://www.arifazamuddin.com
Hp/whatsup : 013-356 3422
Email : arifazamudin@gmail.com.
ISI KANDUNGAN
- IMAM HADIS (1)
- MUKJIZAT AL -QURAN (1)
- QIRAAT 1 (1)
- QIRAAT 2 (1)
- QIRAAT HAMZAH (1)
Anonymous says:
mahal kan . huhu .
berkorban wang .
tv9 best .
beraya di uia .
semua kaum ado . huhu .
Anonymous says:
thanx bg maklumat yg bguna . :)
azamfillah says:
ye betol 2..ye owg asli pon ade =_)
azamfillah says:
Shukran ya Hafizah..^_^
Unknown says:
Salam alaik,
hatta malaikat tidak mampu menilai keikhlasan..sahabat turut gentar kala disoal akan keikhlasan..betapa sukar menjaga keikhlasan..
Moga terus ikhlas berjuang di jalan-Nya
azamfillah says:
oo Shukran2=)