Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


Pertandingan Mencipta Logo Halaqah Maya

Halaqah Maya berbesar hati menjemput semua rakan-rakan Halaqah Maya yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta logo. Tujuan pertandingan adalah untuk menghasilkan sebuah logo yang boleh digunakan sebagai imej rasmi mewakili Halaqah Maya.

Logo  yang direka haruslah menepati asas-asas penubuhan Halaqah Maya iaitu ukhwah sesama insan, membina modal insan dan dakwah, berkongsi ilmu melalui maya dan seterusnya meletakkan Halaqah Maya sebagai medium untuk menyatukan kefahaman umat Islam.

Contoh Logo Halaqah Maya sekarang




 Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :

1.Design mengikut kreativiti anda dengan menggunakan kombinasi warna yang sesuai,logo adalah asli hasil dari design anda sendiri,dilarang meniru logo organisasi lain tanpa kebenaran.

2.Penyertaan adalah terbuka kepada ahli Halaqah Maya dan juga bukan halaqah maya. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam file PNG atau JPEG dengan melengkapkan maklumat seperti nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan email yang boleh dihubungi.

3.Pihak urusetia pertandingan berhak meminda logo dan moto yang dipertandingkan demi penambahbaikan selaras dengan matlamat pertandingan.

4.Keputusan pertandingan dikira melalui jumlah like dan respon rakan-rakan Halaqah Maya sebanyak 50% dan juri Halaqah Maya (barisan MT) sebanyak 50%.

5.Pemenang akan diberi sijil penghargaan ekslusif dari kami.

Keputusan pertandingan adalah muktamad. Logo yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hakmilik urusetia pertandingan.



Tarikh Tutup Penyertaan ialah pada 31.12.2011.

Tarikh logo dipamerkan untuk penilaian juri awam;( rakan-rakan Halaqah Maya) ialah 1.1.2012 sehingga 10.1.2012

Tarikh Keputusan Diumumkan pada 10.1.2012.



 Cara menghantar logo..anda boleh emailkan kepada   ataupun submit logo diruangan komen dibawah ini.

 [B]Sila nyatakan:[/B]

1.Nama Anda

2.Email Anda

3.Logo yang hendak dihantar(boleh upload logo di hosting percuma seperti picasa,photobucket dan sebagainya.)dan sertakan link tersebut disini.

keterangan lanjut layari : http://www.halaqahmaya.com/v2/index.php/info/155-pertandingan-mencipta-logo-halaqah-maya


0 comments to "Pertandingan Mencipta Logo Halaqah Maya"

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah