Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


40 Soal Jawab Permasalahan Wudhuk

 
 
 1.Berikan pengertian wudhuk dari segi bahasa dan syarak?

-Bahasa melayu: mengambil air sembahyang.
-Bahasa:menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu.
-Syarak:membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.


2.Sebutkan dalil pensyariatan wudhuk dari Quran dan Sunnah?

يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلاةِ فٱغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَينِ....
                                                                                              (Surah Al-maidah : 6)

لا يقبل الصلاة بغير طهور....
                                                                                                  (Riwayat Muslim)

لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى ينوضأ.....
(HR.Syaikhani,Abu Daud dan tarmizi).


3.Berapakah fardhu wudhuk dan sila sebutkan setiap satu?

  1.niat.
  2.Membasuh muka.
  3.Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku.
  4.Menyapu sedikit air di bahagian kepala.
  5.Membasuh kaki hingga buku lali.
  6.Tertib.

4.Sebutkan lafaz niat wudhuk?

ﻧﻮﻳﺖ ﺮﻓﻊ ﺍﻟﺤﺪﺙ ﺍﻷﺻﻐﺮ ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana ALLAH Taala.

ﻧﻮﻳﺖ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku berwudhuk kerana ALLAH Taala.

5.Bagaimanakah lafaz niat wudhuk bagi sesiapa yang tidak boleh berhenti membuang air(kuasa menahan air kencing)atau perempuan yang mempunyai sakit istihadah?

ﻧﻮﻳﺖ الوضوءلاستباحة فرض الصلاة ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku berwudhuk untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala.


6.Sebutkan 5 sunat-sunat wudhuk?

  1.Membaca basmalah.
  2.Berkumur-kumur.
  3.Memasukkan air dalam hidung.
  4.Menyapu semua bahagian kepala.
  5.Membasuh telinga.
  6.Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.

7.Sebutkan 5 perkara yang membatalkan wudhuk?

  1.Keluar sesuatu dari dua jalan.
  2.Tidur yang tidak tetap punggungnya.Semua keadaan baring walaupun tetap punggungnya.
  3.Hilang akal.
  4.Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan tanpa berlapik.
  5.Menyentuh kemaluan sendiri dan orang lain.

8.Sebutkan 3 perkara yang memakruhkan wudhuk?

 1.Mendahulukan yang kiri dari yang kanan.
 2.Menambah dan mengurangkan 3 kali basuhan.
 3.Memukul air kemuka.
 4.Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung ketika berpuasa.

9.Sebutkan 3 perkara yang mewajibkan  wudhuk?
 
  1.Solat.
  2.Tawaf di Kaabah.
  3.Menyentuh dan membawa Al-Quran.

10.Sebutkan 3 perkara yang disunatkan berwudhuk.?

  1.Ketika berzikir.
  2.Ketika hendak tidur.
  3.Memperbaharui wudhuk setiap kali hendak solat.
  4.Sunat berwudhuk bagi orang telah memakan makanan yang dibakar.
  5.Ketika hendak mengulangi persetubuhan.

11.Bolehkah kita berwudhuk sekiranya hanya mempunyai air sebanyak 1 botol air  mineral kecil?

-Boleh-

 12.Apakah hukum wudhuk seseorang sekiranya keluar air mani dari kemaluannya?batal atau tidak?

-Tidak batal tetapi mewajibkan mandi.(mazhab syafie)

13.Sila sebutkan lafaz doa selepas wudhuk?

                                   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ،

َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَد أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ
 اَللَّهُمَّ اِجْعَلْنِي مِنْ اَلتَّوَّابِينَ, وَاجْعَلْنِي مِنْ اَلْمُتَطَهِّرِينَ, وَاجْعَلْنِي من عبادك الصالحين.ُ
َ

14.Apakah hikmah dan kelebihan membaca doa wudhuk?

 -Dapat menghapuskan dosa dan tidak akan mati dalam keadaan murtad.

15.Apakah hukum wudhuk  sekiranya tidak melafazkan lafaz niat wudhuk dan hanya berniat di dalam hati sahaja?

  -Sah wudhuk.

16.Apakah hukum berwudhuk tanpa berniat untuk berwudhuk hanya sekadar menyampaikan air ke anggota wudhuk?

  -Tidak sah wudhuknya.

17.Sila sebutkan had kawasan wudhuk yang wajib di basuh ketika membasuh muka?

  -Tempat tumbuh rambut di atas kepala hingga penghujung tempat tumbuh janggut.
  -Melintang pula,hingga kedua anak telinganya dan wajib menyampaikan air ke seluruh
    Tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata.misai.dan janggut.

18.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya ia mengambil wudhuk secara tidak  
 berturut dan tertib?

   -Tidak sah.

19.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya dia mendahulukan membasuh anggota  yang kiri dari yang kanan?

  -Makruh.

20.Adakah seseorang yang tidak mempunyai rambut di kepalanya dikecualikan dari menyapu anggota kepalanya?Sila nyatakan sebabnya?

  -Tidak,kerana anggota wudhuk yang wajib disapu ialah kepala bukannya rambut.

21.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya dia terlupa untuk membasuh kedua telinganya?perlukah dia mengulangi wudhuknya?

   -Tidak perlu,kerana membasuh kedua telinga adalah sunat.

22.Bagaimanakah wudhuk seseorang itu jika keluar darah daripada hidungnya?batalkah wudhuknya?
  
  -Tidak batal.

23.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia tidur berbaring dan tetap punggungya di lantai dan tidak bergerak sedikit pun dari keadaan asal dia mula  tidur itu?
   
     -Batal.

24.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia tidur secara duduk dan tetap punggungnya di lantai dan sama dengan keadaan asal dia mula tidur?

    -Tidak batal.

25.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia menyentuh kemaluan binatang,sebagai contoh menyentuh kemaluan kucing?Batalkah wudhuknya?
    
     -Tidak batal.

26. Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia menyentuh kemaluan orang lain tanpa berlapik?
                          
    -Batal.

27. Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia menyentuh kemaluan kanak-kanak kecil yang belum baligh?
    
    -Batal.


28.Seseorang lelaki dewasa menyentuh kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun,batal atau tidak wudhuknya?        

   -Tidak batal

29.Di dalam mazhab syafie,jika seseorang lelaki itu menyentuh kulit wanita yang ajnabi tanpa syahwat, maka bagaimankah hukum wudhuknya ?Batal atau tidak?

   -Batal.

30..Apakah hukum menyentuh dan membawa Al-Quran tanpa berwudhuk?

    -Haram.

30.Bolehkah kita menyentuh dan memegang Al-Quran tanpa berwudhuk dan hanya bertujuan untuk menyelamatkan ia  hancur terbakar dari kebakaran?
 
    -Boleh sekiranya dalam keadaan darurat.

31.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia terkena najiz mughalazah seperti anjing dan babi?Perlukah dia mengulangi wudhuknya semula?dan bagaimanakah cara penyelesaiannya?

   -Tidak perlu dan tidak batal wudhuknya,hendaklah disamak sahaja tempat yang terkena najis itu.

32. Seseorang yang telah putus kakinya (perenggan lutut) dan menggunakan kaki palsu, adakah kaki palsu tersebut dianggap sebagai anggota wuduk?

 -  Kaki palsu tidak termasuk sebagai anggota wudhuk dan tidak wajib dibasuh memadai dengan meratakan air dibahagian anggota wudhuk yang masih ada.

33. Sahkah seseorang lelaki atau perempuan mengambil air sembahyang dengan hanya memakai kain tuala bagi lelaki diikat dipinggang dan perempuan diikat di dada.?
 
-  Hukum mengambil wudhu' dengan keadaan mendedahkan aurat adalah makruh tetapi wudhuk sah jika sempurna syarat dan rukun-rukunnya.


34.Bagaimanakah cara berwudhuk bagi wudhu orang yang berbalut atau berplaster anggota wudhunya?sila sebutkan dengan ringkas?

  Sekiranya anggota seorang yang sakit itu perlu dibalut dengan sesuatu seperti kain, plaster, simen atau seumpamanya dan jika dibuka balutan tersebut ditakuti akan memudharatkannya, maka dalam hal ini wajib dia melakukan tiga perkara jika dia hendak mengangkat hadas kecil (berwudhu) iaitu:

1. Membasuh bahagian anggota yang tidak berbalut atau berplaster, termasuklah juga sebelah bawah di bahagian-bahagian tepi balutan jika terdaya melakukannya dan juga anggota-anggota wudhu yang lain.

2. Menyapu semua balutan yang membalut bahagian anggota wudhu dengan air sebagai ganti perbuatan membasuh bahagian anggota yang tidak sakit (sihat) yang ditutupi oleh pembalut.

3. Bertayammum pada anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan, sebagai ganti membasuh anggota wudhu yang berbalut yang tidak boleh terkena air.

sumber:http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11085&newlang=mas

35. Kaki merupakan sebahagian anggota wuduk,sekiranya kaki cedera dan berbalut,bolehkah kita mengambil air sembahyang dengan menyapu di atas kain sebagai syarat? Sekiranya tidak begaimana cara mengambil wuduk menggunakan air?

-Mengambil wudhuk seperti biasa, kemudian membasuh kaki yang boleh kena air dan disapu di atas pembalutnya yang tidak boleh kena air, seterusnya bertayammum selepas membasuh kaki atau bertayammum sebelum membasuh kaki bagi menggantikan tempat yang tidak boleh kena air.Solat tidak wajib diqada',jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.


36.Bolehkah kita mewudhukkan seseorang yang tidak berdaya untuk mengambil wudhuknya sendiri?
  
    -Boleh.


37. Adakah batal air sembahyang kita sekiranya tersentuh kulit dengan orang non-muslim (sama jantina)?

  - Tidak batal kerana mereka tidak najis. Akidah mereka saja yang dianggap salah. Yang berbeza hanyalah aurat dimana walaupun sama jantina kita perlu memelihara aurat kita dari mereka

38. Adakah terbatal air sembahyang sekiranya kita telah mengambil wuduk, dan selepas itu kita minum minuman selain daripada air sejuk. Adakah perlu kita mengambil air sembahyang sekali lagi atau hanya perlu berkumur sahaja?

-Makan atau minum tidak membatalkan wuduk. Apabila hendak solat sedangkan wudhuk masih ada tetapi telah makan atau minum sesuatu maka perlulah membersihkan mulut terlebih dahulu dengan bersugi dan berkumur supaya sisa makanan atau perisanya dapat dihilangkan.

39. Adakah batal wuduk jika terpijak/terkena tahi cicak? Perlukah mengambil semula air sembahyang?

- Terpijak atau terkena tahi cicak tidak membatalkan wuduk begitu juga jika terkena najis yang lain. Ia hanya perlu dibersihkan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.

40. Apakah aurat wanita ketika mengambil wuduk?

- Aurat wanita ketika mengambil wuduk adalah sama dengan keadaan biasa iaitu apabila ada lelaki ajnabi di situ maka auratnya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu, apabila wanita hendak berwuduk maka hendaklah dicari tempat yang terlindung daripada pandangan mereka supaya terpelihara aurat.

41. Adakah batal air sembahyang kita sekiranya tersentuh kulit dengan jenazah orang yang telah mati?Bagaimanakah hukum keatas jenazah itu pula ?

-Batal wudhuk(bukan mahramnya), Tidak timbul persoalan wudhu jenazah terbatal kerana apabila seorang anak adam itu meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.


Rujukan Kitab:
1.Fiqh Solat Empat Mazhab.(Abdul Qadir Ar Rahbawi).
2.Feqah Ringkas Dalam Mazhab Imam Syafie.(Hj Burhanuddin Hj Zakaria).
3.Al-Wajiz fi Fiqhul Ibadat Wal Munakahat/(Ust Zahari USIM).
4.Indahnya Hidup Bersyariat.(Ust Ismail Kamus)

  
Dipetik dari soalan kuiz Masjid Al-Mutmainnah 2010...


5 comments to "40 Soal Jawab Permasalahan Wudhuk"

  • they marveled at its size and at how easy it was to carve. From [url=http://www.abacusnow.com/nfl.html]Cheap nfl jerseys[/url] Houston-based structural, marine, and offshore specialist has [url=http://www.abacusnow.com/hollister.htm]hollister uk[/url] of hearing this so I will only say it once. The economy STINKS! [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]monclerモンクレール[/url] very soon caught the imagination of the people and became the
    be daunting for some because it makes them sweaty and dirty. [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]michael kors bags[/url] Russell terriers are intelligent, hard-working dogs that need [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm[/url] buy all of them within neighborhood retailers or retailer shops. [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]chanelバッグ[/url] the right size and shape, you should already know what you want
    thin bladed knife and one short, thin bladed knife. Both knives [url=http://www.abacusnow.com/nfl.html]Discount NFL jerseys[/url] at-risk and under-served populations assisted by the 340B [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]シャネル バッグ[/url] profession of privateering ?the warranted attack on enemy ships. [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]http://www.abacusnow.com/michaelkors.html[/url] fulfillment. Nowadays there are a wide selection of juicers

  • That is a great tip particularly to those fresh to the blogosphere.

    Simple but very precise info… Thank you for sharing this one.
    A must read article!

    Feel free to surf to my blog モンスター ヘッドホン

  • Have you ever thought about publishing an ebook or guest authoring on other
    sites? I have a blog based on the same topics you discuss
    and would love to have you share some stories/information.

    I know my readers would enjoy your work. If you're even remotely interested, feel free to send me an email.

    My weblog: www.guccihandbagsoutletsalee.com

  • Greetings! Very helpful advice in this particular post!
    It is the little changes that make the largest changes.
    Thanks for sharing!

    my homepage シャネル財布

  • Jelasnya kalau terkena najis pada kulit sebagai contoh akan membatalkan solat. Jadi setelah dicuci, bagi meneruskan solat yang tergendala tadi, perlukah wudhu diperbaharui?

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah