1.Berikan
pengertian wudhuk dari segi bahasa dan syarak?
-Bahasa melayu: mengambil
air sembahyang.
-Bahasa:menggunakan air
untuk kegunaan pada anggota-anggota tertentu.
-Syarak:membasuh beberapa
anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.
يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ
آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلاةِ فٱغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ
إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَينِ....
(Surah
Al-maidah : 6)
لا يقبل الصلاة بغير طهور....
(Riwayat Muslim)
لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى ينوضأ.....
(HR.Syaikhani,Abu Daud dan tarmizi).
3.Berapakah
fardhu wudhuk dan sila sebutkan setiap satu?
1.niat.
2.Membasuh muka.
3.Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku.
4.Menyapu sedikit air di bahagian kepala.
5.Membasuh kaki hingga buku lali.
6.Tertib.
4.Sebutkan
lafaz niat wudhuk?
ﻧﻮﻳﺖ ﺮﻓﻊ ﺍﻟﺤﺪﺙ ﺍﻷﺻﻐﺮ ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana ALLAH
Taala.
ﻧﻮﻳﺖ ﺍﻟﻮﺿﻮﺀ ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku berwudhuk kerana ALLAH Taala.
5.Bagaimanakah lafaz niat wudhuk bagi sesiapa yang tidak
boleh berhenti membuang air(kuasa menahan air kencing)atau perempuan yang
mempunyai sakit istihadah?
ﻧﻮﻳﺖ الوضوءلاستباحة فرض الصلاة ﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ
-Sengaja aku
berwudhuk untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala.
6.Sebutkan 5 sunat-sunat wudhuk?
1.Membaca basmalah.
2.Berkumur-kumur.
3.Memasukkan air
dalam hidung.
4.Menyapu semua
bahagian kepala.
5.Membasuh telinga.
6.Mendahulukan yang
kanan dari yang kiri.
7.Sebutkan 5 perkara yang membatalkan wudhuk?
1.Keluar sesuatu
dari dua jalan.
2.Tidur yang tidak
tetap punggungnya.Semua keadaan baring walaupun tetap punggungnya.
3.Hilang akal.
4.Bersentuh kulit
lelaki dengan perempuan tanpa berlapik.
5.Menyentuh kemaluan
sendiri dan orang lain.
8.Sebutkan 3 perkara yang memakruhkan wudhuk?
1.Mendahulukan yang
kiri dari yang kanan.
2.Menambah dan
mengurangkan 3 kali basuhan.
3.Memukul air kemuka.
4.Berkumur-kumur dan
memasukkan air ke hidung ketika berpuasa.
9.Sebutkan 3 perkara yang mewajibkan wudhuk?
1.Solat.
2.Tawaf di Kaabah.
3.Menyentuh dan
membawa Al-Quran.
10.Sebutkan 3 perkara yang disunatkan berwudhuk.?
1.Ketika berzikir.
2.Ketika hendak
tidur.
3.Memperbaharui
wudhuk setiap kali hendak solat.
4.Sunat berwudhuk
bagi orang telah memakan makanan yang dibakar.
5.Ketika hendak
mengulangi persetubuhan.
11.Bolehkah kita berwudhuk sekiranya hanya mempunyai air
sebanyak 1 botol air mineral kecil?
-Boleh-
12.Apakah hukum wudhuk seseorang sekiranya keluar air
mani dari kemaluannya?batal atau tidak?
-Tidak batal tetapi mewajibkan mandi.(mazhab syafie)
13.Sila sebutkan lafaz doa selepas wudhuk?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ،
َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَد أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ
َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَد أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ
اَللَّهُمَّ اِجْعَلْنِي مِنْ اَلتَّوَّابِينَ,
وَاجْعَلْنِي مِنْ اَلْمُتَطَهِّرِينَ, وَاجْعَلْنِي من عبادك الصالحين.ُ
َ
َ
14.Apakah hikmah dan kelebihan membaca doa wudhuk?
-Dapat menghapuskan
dosa dan tidak akan mati dalam keadaan murtad.
15.Apakah hukum wudhuk
sekiranya tidak melafazkan lafaz niat wudhuk dan hanya berniat di dalam
hati sahaja?
-Sah wudhuk.
16.Apakah hukum berwudhuk tanpa berniat untuk berwudhuk
hanya sekadar menyampaikan air ke anggota wudhuk?
-Tidak sah
wudhuknya.
17.Sila sebutkan had kawasan wudhuk yang wajib di basuh ketika
membasuh muka?
-Tempat tumbuh
rambut di atas kepala hingga penghujung tempat tumbuh janggut.
-Melintang
pula,hingga kedua anak telinganya dan wajib menyampaikan air ke seluruh
Tempat dan juga
bulu-bulu termasuk bulu mata.misai.dan janggut.
18.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya ia mengambil
wudhuk secara tidak
berturut dan
tertib?
-Tidak sah.
19.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya dia
mendahulukan membasuh anggota yang kiri
dari yang kanan?
-Makruh.
20.Adakah seseorang yang tidak mempunyai rambut di
kepalanya dikecualikan dari menyapu
anggota kepalanya?Sila nyatakan sebabnya?
-Tidak,kerana anggota
wudhuk yang wajib disapu ialah kepala bukannya rambut.
21.Bagaimanakah wudhuk seseorang sekiranya dia terlupa
untuk membasuh kedua telinganya?perlukah dia mengulangi wudhuknya?
-Tidak perlu,kerana
membasuh kedua telinga adalah sunat.
22.Bagaimanakah wudhuk seseorang itu jika keluar darah
daripada hidungnya?batalkah wudhuknya?
-Tidak batal.
23.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia tidur
berbaring dan tetap punggungya di
lantai dan tidak bergerak sedikit pun dari keadaan asal dia mula tidur itu?
-Batal.
24.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia tidur
secara duduk dan tetap
punggungnya di lantai dan sama dengan keadaan asal dia mula tidur?
-Tidak batal.
25.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia
menyentuh kemaluan binatang,sebagai
contoh menyentuh kemaluan kucing?Batalkah wudhuknya?
-Tidak batal.
26. Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia
menyentuh kemaluan orang lain
tanpa berlapik?
-Batal.
27. Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia
menyentuh kemaluan kanak-kanak
kecil yang belum baligh?
-Batal.
28.Seseorang lelaki dewasa menyentuh kanak-kanak
perempuan yang berusia 5 tahun,batal atau tidak wudhuknya?
-Tidak batal
29.Di dalam mazhab syafie,jika seseorang lelaki itu
menyentuh kulit wanita yang ajnabi tanpa
syahwat, maka bagaimankah hukum wudhuknya ?Batal atau tidak?
-Batal.
30..Apakah hukum menyentuh dan membawa Al-Quran tanpa
berwudhuk?
-Haram.
30.Bolehkah kita menyentuh dan memegang Al-Quran tanpa
berwudhuk dan hanya
bertujuan untuk menyelamatkan ia hancur
terbakar dari kebakaran?
-Boleh sekiranya
dalam keadaan darurat.
31.Bagaimanakah hukum wudhuk seseorang itu jika dia
terkena najiz mughalazah seperti anjing
dan babi?Perlukah dia mengulangi wudhuknya semula?dan bagaimanakah
cara penyelesaiannya?
-Tidak perlu dan tidak batal
wudhuknya,hendaklah disamak sahaja tempat yang terkena najis
itu.
32. Seseorang yang telah putus kakinya (perenggan lutut)
dan menggunakan kaki palsu, adakah kaki palsu tersebut dianggap sebagai anggota
wuduk?
- Kaki palsu tidak termasuk sebagai anggota
wudhuk dan tidak wajib dibasuh memadai dengan meratakan air dibahagian anggota
wudhuk yang masih ada.
33. Sahkah seseorang lelaki atau perempuan mengambil air
sembahyang dengan hanya memakai kain tuala bagi lelaki diikat dipinggang dan
perempuan diikat di dada.?
- Hukum mengambil
wudhu' dengan keadaan mendedahkan aurat adalah makruh tetapi wudhuk sah jika
sempurna syarat dan rukun-rukunnya.
34.Bagaimanakah cara berwudhuk bagi wudhu orang yang berbalut atau berplaster anggota wudhunya?sila sebutkan dengan ringkas?
Sekiranya anggota seorang yang sakit itu perlu dibalut dengan
sesuatu seperti kain, plaster, simen atau seumpamanya dan jika dibuka balutan
tersebut ditakuti akan memudharatkannya, maka dalam hal ini wajib dia melakukan
tiga perkara jika dia hendak mengangkat hadas kecil (berwudhu) iaitu:
1. Membasuh bahagian anggota yang
tidak berbalut atau berplaster, termasuklah juga sebelah bawah di
bahagian-bahagian tepi balutan jika terdaya melakukannya dan juga
anggota-anggota wudhu yang lain.
2. Menyapu semua balutan yang membalut bahagian anggota wudhu dengan air sebagai ganti perbuatan membasuh bahagian anggota yang tidak sakit (sihat) yang ditutupi oleh pembalut.
2. Menyapu semua balutan yang membalut bahagian anggota wudhu dengan air sebagai ganti perbuatan membasuh bahagian anggota yang tidak sakit (sihat) yang ditutupi oleh pembalut.
3. Bertayammum pada anggota tayammum
iaitu muka dan dua tangan, sebagai ganti membasuh anggota wudhu yang berbalut
yang tidak boleh terkena air.
sumber:http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11085&newlang=mas
35. Kaki merupakan sebahagian anggota wuduk,sekiranya
kaki cedera dan berbalut,bolehkah kita mengambil air sembahyang dengan menyapu
di atas kain sebagai syarat? Sekiranya tidak begaimana cara mengambil wuduk
menggunakan air?
-Mengambil wudhuk seperti biasa, kemudian membasuh kaki yang
boleh kena air dan disapu di atas pembalutnya yang tidak boleh kena air,
seterusnya bertayammum selepas membasuh kaki atau bertayammum sebelum membasuh
kaki bagi menggantikan tempat yang tidak boleh kena air.Solat tidak wajib
diqada',jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.
36.Bolehkah kita mewudhukkan seseorang yang tidak berdaya
untuk mengambil wudhuknya
sendiri?
-Boleh.
37. Adakah batal air sembahyang kita sekiranya
tersentuh kulit dengan orang non-muslim (sama jantina)?
- Tidak batal kerana mereka tidak najis.
Akidah mereka saja yang dianggap salah. Yang berbeza hanyalah aurat dimana
walaupun sama jantina kita perlu memelihara aurat kita dari mereka
38.
Adakah terbatal air sembahyang sekiranya kita telah mengambil wuduk, dan
selepas itu kita minum minuman selain daripada air sejuk. Adakah perlu kita
mengambil air sembahyang sekali lagi atau hanya perlu berkumur sahaja?
-Makan atau minum tidak membatalkan wuduk. Apabila hendak
solat sedangkan wudhuk masih ada tetapi telah makan atau minum sesuatu maka
perlulah membersihkan mulut terlebih dahulu dengan bersugi dan berkumur supaya
sisa makanan atau perisanya dapat dihilangkan.
39. Adakah batal wuduk jika terpijak/terkena tahi cicak?
Perlukah mengambil semula air sembahyang?
- Terpijak atau terkena tahi cicak tidak membatalkan
wuduk begitu juga jika terkena najis yang lain. Ia hanya perlu dibersihkan
mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
40. Apakah aurat wanita ketika mengambil wuduk?
- Aurat wanita ketika mengambil wuduk adalah sama dengan
keadaan biasa iaitu apabila ada lelaki ajnabi di situ maka auratnya adalah
seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu, apabila wanita hendak
berwuduk maka hendaklah dicari tempat yang terlindung daripada pandangan mereka
supaya terpelihara aurat.
41. Adakah batal air sembahyang kita sekiranya tersentuh
kulit dengan jenazah orang yang telah mati?Bagaimanakah hukum keatas jenazah itu
pula ?
-Batal wudhuk(bukan mahramnya), Tidak timbul persoalan wudhu
jenazah terbatal kerana apabila seorang anak adam itu meninggal maka hilanglah
tanggungjawabnya.
Rujukan Kitab:
1.Fiqh Solat Empat Mazhab.(Abdul Qadir Ar Rahbawi).
2.Feqah Ringkas Dalam Mazhab Imam Syafie.(Hj Burhanuddin Hj Zakaria).
3.Al-Wajiz fi Fiqhul Ibadat Wal Munakahat/(Ust Zahari USIM).
4.Indahnya Hidup Bersyariat.(Ust Ismail Kamus)
Dipetik dari soalan kuiz Masjid Al-Mutmainnah 2010...
26 December 2010
// //
5
comments
//
5 comments to "40 Soal Jawab Permasalahan Wudhuk"
Ahlan wasahlan @ ^_^
Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut
website:http://www.arifazamuddin.com
Hp/whatsup : 013-356 3422
Email : arifazamudin@gmail.com.
ISI KANDUNGAN
- IMAM HADIS (1)
- MUKJIZAT AL -QURAN (1)
- QIRAAT 1 (1)
- QIRAAT 2 (1)
- QIRAAT HAMZAH (1)
Anonymous says:
they marveled at its size and at how easy it was to carve. From [url=http://www.abacusnow.com/nfl.html]Cheap nfl jerseys[/url] Houston-based structural, marine, and offshore specialist has [url=http://www.abacusnow.com/hollister.htm]hollister uk[/url] of hearing this so I will only say it once. The economy STINKS! [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]monclerモンクレール[/url] very soon caught the imagination of the people and became the
be daunting for some because it makes them sweaty and dirty. [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]michael kors bags[/url] Russell terriers are intelligent, hard-working dogs that need [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm[/url] buy all of them within neighborhood retailers or retailer shops. [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]chanelバッグ[/url] the right size and shape, you should already know what you want
thin bladed knife and one short, thin bladed knife. Both knives [url=http://www.abacusnow.com/nfl.html]Discount NFL jerseys[/url] at-risk and under-served populations assisted by the 340B [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]シャネル バッグ[/url] profession of privateering ?the warranted attack on enemy ships. [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]http://www.abacusnow.com/michaelkors.html[/url] fulfillment. Nowadays there are a wide selection of juicers
Anonymous says:
That is a great tip particularly to those fresh to the blogosphere.
Simple but very precise info… Thank you for sharing this one.
A must read article!
Feel free to surf to my blog モンスター ヘッドホン
Anonymous says:
Have you ever thought about publishing an ebook or guest authoring on other
sites? I have a blog based on the same topics you discuss
and would love to have you share some stories/information.
I know my readers would enjoy your work. If you're even remotely interested, feel free to send me an email.
My weblog: www.guccihandbagsoutletsalee.com
Anonymous says:
Greetings! Very helpful advice in this particular post!
It is the little changes that make the largest changes.
Thanks for sharing!
my homepage シャネル財布
hasymizan says:
Jelasnya kalau terkena najis pada kulit sebagai contoh akan membatalkan solat. Jadi setelah dicuci, bagi meneruskan solat yang tergendala tadi, perlukah wudhu diperbaharui?