Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


Diet Cara Rasulullah



Ibadah dalam aspek pemakanan

1.Makan dan minum adalah ibadah yang penting dalam islam.
            
2.Makanan yang haram menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah,merosakkan ibadah dan mendekatkan seseorang kepada azab di akhirat.
          
3. Rezeki yang halal membantu pelaksanaan ibadah. Makanan yang haram memberi kesan kepada jasad.  
Sahl at- Tusturi berkata, “sesiapa memakan makanan yang haram akan derhakalah anggota tubuhnya. Sesiapa yang mengambil makanan yang halal anggotanya akan mentaatinya dalam kebaikan”.


Makanan yang halal lagi berkhasiat

1. Dalam aspek pemakanan, islam menekankan supaya dua kriteria dijaga iaitu halal dan berkhasiat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud,“ wahai manusia, makanlah apa-apa yang diatas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagi kamu”.
             
 2. Islam juga menekankan supaya sesuatu makanan diambil daripada sumber yang baik lagi berkhasiat. Dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibnu Kathir mentafsirkan makanan yang ‘baik’ sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.
             
3.Individu yang paling prihatin berkenaan makanan yang halal lagi berkhasiat ini adalah Nabi Muhammad. Nabi adalah contoh bagi kita.



Khasiat diet Nabi
         
1. Nabi Muhammad mementingkan khasiat dan kualiti dalam aspek pemakanan. Nabi banyak mengambil makanan daripada jenis biji-bijian, sayur-sayuran serta buah buahan. Contohnya ,roti yang paling kerap dimakan diperbuat daripada tepung barli yang tidak diayak.
              
2.Mengikut Sahl bin Saad, “Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat daripada tepung putih yang diayak sehingga baginda wafat”.
              
3. Nabi tidak menggunakan tepung putih bermaksud nabi tidak menggunakan tepung barli yang diproses. Beliau sekadar membuang lapisan luar barli dan mengekalkan lapisan kedua yang dikenali sebagai bran.



 sumber rujukan:
1.http://www.danialzainalabidin.com/


0 comments to "Diet Cara Rasulullah"

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah