IMAM NAWAWI (631H - 676H = 1233 -1277 M)
Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil
lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun
telah pergi ke kota
Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan
madrasah itu sendiri.
Karangannya adalah banyak, di antaranya
yang terkenal ialah kitab-kitab syarah sahih muslim, Riyadhus Salihin,
Al-Adhkar, Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran, al-Irsyad wa al-Taqrib fi 'Ulum
al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahdhib
al-Asma' wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan al-Arbain.
Antara kitabnya yang begitu popular dalam
pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih
Muslim dan al-Adhkar.
Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan
khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan
minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Juga
tidak sangat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang
memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan
mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.
Seorang yang begitu bertakwa menurut erti
kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya. Seorang ulama' yang amatlah
suka ditemui. Ada
juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah-buahan
di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di
Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.
Sepanjang hayatnya sentiasa istiqamah dalam
menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping
sentiasa beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan,
sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama,
masyarakat dan umat.
Beliau pernah diusir keluar dari negeri
Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang
dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama' yang mencari kebenaran
untuk dirinya sahaja, beliau hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual
ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia. Beliau mencurahkan ilmu kepada
masyarakat ummat. Beliau memimpin ummat bukan ummat yang memimpin beliau.
Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu meyusahkan
kedudukannya. Inilah contoh ulama' pewaris nabi (warithatul anbiya').
Sepanjang hayatnya banyak menulis,
mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian
peribadinya dan dikagumi. Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan
dimakamkan di Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak
beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya
menyumbangkan tenaga fikiran dan 'ilmunya kepada agama Islam dan umatnya.
Sekianlah, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya ke atas beliau. Amin.
FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN
Menurut riwayat bahawa apabila baginda sultan
al-Malik al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang
Tatar (monggol) lalu digunakanlah fatwa 'ulama yang mengharuskan mengambil
harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. 'Ulama fiqh negeri Syam
telah menulis menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang
hati kalau imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda bertitah
"Masih adakah lagi orang lain". "Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin
al-Nawawi" - demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda.
Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan
meminta beliau memberi fatwanya bersama 'ulama fiqh mengenai pengambilan harta
rakyat untuk peperangan. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan
enggan. Baginda bertanya: "Apakah sebabnya beliau enggan?" Lalu
beliau memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan
keenggannya memfatwakan sama seperti para 'ulama. Beliau dalam penjelasan
kepada baginda menerangkan seperti berikut! Ampun Tuanku! Adalah patik
sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah dahulunya
seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda. Tetapi pertolongan Allah telah
dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja. Ampun
Tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang
hamba tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus
orang khadam wanita milik tunaku, masing-masing mempunyai perhiasan yang
bernilai. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan
perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik
bersedia memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak
membenarkan baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih
dapat dipergunakan. Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya
yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau
segera keluar dari Damsyik. Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu
dengan nada yang tenang. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para
'ulama Syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi
beliau enggan dengan berkata: "Saya tidak akan balik ke Damsyik selama
baginda masih berkuasa".
(Sumber rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH,
Cetakan Dewan Pustaka Fajar)
http://www.wattpad.com/77983-Kisah-Bermakna-Mengenal-Sejarah-IMAM-NAWAWI-631H-676H-1233-1277-M-
www.islamstory.com
13 February 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "Ulamak Pewaris Nabi"
Ahlan wasahlan @ ^_^
Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut
website:http://www.arifazamuddin.com
Hp/whatsup : 013-356 3422
Email : arifazamudin@gmail.com.
ISI KANDUNGAN
- IMAM HADIS (1)
- MUKJIZAT AL -QURAN (1)
- QIRAAT 1 (1)
- QIRAAT 2 (1)
- QIRAAT HAMZAH (1)