Ahlan Wasahlan@Sila tekan sini untuk masuk^_^


Khasiat buah-buahan



Khasiat barli

1.Barli kaya dengan serat,selenium, fosforus, kuprum, niasin dan mengenes. Serat dalam barli mengeluarkan asid propionik yang menghalang proses pengeluaran kolestrol sekali gus merendahkan kadar kolestrol dalam badan.

2. Niasin adalah vitamin B yang membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah di samping melambatkan proses pembekuan darah.


3. Selenium pula mampu mencegah seseorang daripada menghidap kanser.

4.Fosforus merupakan batu asas kepada pembinaan kod genetik insan dan menjadi  mineral penting bagi pembinaan tulang-tulang.




Khasiat biji hitam (habb al sauda)

1. Nabi pernah bersabda ‘ jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua semua penyakit kecuali kanser dan mati’.
               
2. Allah Taala menunjukkan bahawa habb al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus dan berguna untuk menghilangkan selsema.      

Khasiat tamar 
1.Buah tamar adalah makanan yang penting bagi nabi dan keluarga baginda. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.
                 
2. Buah tamar mengandungi protein yang banyak yang dibina daripada 23 jenis asid amino dan berkhasiat tinggi.
                 
3. Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik).


Khasiat kismis
                

1.Nabi Muhammad bersabda : “barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.
                
2. Kismis juga dapat menghilangkan kepahitan (hempedul / cairan kuning),menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.



 Khasiat madu
                 
1. Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis  penyakit. Selain itu madu juga mengandungi zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh untuk stamina.
                   
2. Madu sesuai untuk tubuh badan kerana ia mempunyai zat seperti:

a) kabohidrat, protein, asid amino, vitamin dan mineral yang mudah diserap oleh sel sel badan.
                       
b) kandungan sumber antibodi didalam madu berupaya melawan dan membunuh  kuman daripada segala jenis penyakit berjangkit.
                   
c) asid amino dalam madu boleh meningkatkan fungsi dan tugas otak.
                 
 - Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa, maltosa), vitamin (B1,B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg, Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.
           

   
 sumber rujukan:
1.http://www.danialzainalabidin.com
      
                     


0 comments to "Khasiat buah-buahan"

Ahlan wasahlan @ ^_^

Tempahan Website Serendah Rm150 jangan lepaskan Peluang ini untuk keterangan lanjut website:http://www.arifazamuddin.com Hp/whatsup : 013-356 3422 Email : arifazamudin@gmail.com.

ISI KANDUNGAN

PUSH


azamfillah